AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM DI KALANGAN KAUM
Selain
mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum, aktiviti gotong-royong turut
mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat. Gotong-royong adalah sikap atau
kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasam dan saling tolong
menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.
Gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja
bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung.
Namun begitu, kurang dilakukan dibandar pada masa kini. Hal ini mungkin juga
kerana suasana bandar dimana penduduk kebanyakannya tidak ambil cakna tentang
jiran tetangga dan kawasan sekitar menyebabkan aktiviti gotong royong sukar dijalankan.
Aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara
ini untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum.
KEPENTINGAN GOTONG ROYONG
Tidak dinafikan bahawa gotong royong
mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan
bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan
wujud rasa kekitaan antara masyarakat. Gotong royong turut merapatkan hubungan ahli
masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci. Gotong-royong juga mampu
mewujudkan kesan-kesan positif yang sebenarnya dapat membantu menangani
gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Semua orang
mengetahui bahawa sesuatu kerja yang berat akan menjadi mudah jugak dilakukan
bersama-sama. Itulah prinsip gotong royong.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG
Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini
diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus berlangsung seiring
dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat
luar agar kewujudan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat
keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan
umum.
Para pelajar akan meguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai
penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang
hubungan sosialnya selain itu menyelidiki potensi diri secara yang lebih
menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju
dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah,
forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai
satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada
orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat
membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarelawan di
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah
(UPSI) bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastic kaca dan kertas
terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarelawan ini patut diberi
pujian.
KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG
Kebaikan
mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ialah amalan ini dapat
mewujudkan semangat positif antara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk
memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini dapat
memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun mampu
diselesaikan dengan begitu baik kerana semua pihak menghulurkan bantuan.
Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi
dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu
suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan
urbanisasi.
Aktiviti
gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum yang amat penting dikalangan
rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi
menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan
terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan
wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan
maju.
Bergotong-royong
juga boleh memperindahkan lagi tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi
bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan
menjadi sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Amalan gotong-royong juga dapat
membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti
Aedes.
Kegiatan ini
amat berfaedah dan mesti diamalkan serta dipupuk sejak kecil kerana meluntur
buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti
penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan
pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa
senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai.
Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi.
Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang
selesa dikawasan tempat tinggal.
Dalam agama
Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah
satu lambang seseorang itu muslim. ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’
sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar ataupun
tidak ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W berkaitan dengan
kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti
gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.
MANFAAT GOTONG ROYONG
Dengan aktiviti bergotong royong, semua tugas berat akan menjadi lebih ringan. Kita hidup di dunia ini bukan seorang diri. Sebagai rakyat Malaysia, kita hidup bersama sebagai satu bangsa. Kita sesama, bangsa punya tujuan yang sama iaitu memajukan bangsa ini. Untuk meraih tujuan tersebut maka kita selalu siap untuk bekerjasama dengan semangat gotong royong. Akan lebih banyak yang dapat kita raih bila kita lakukan gotong royong dengan orang lain.
Dengan aktiviti bergotong royong, semua tugas berat akan menjadi lebih ringan. Kita hidup di dunia ini bukan seorang diri. Sebagai rakyat Malaysia, kita hidup bersama sebagai satu bangsa. Kita sesama, bangsa punya tujuan yang sama iaitu memajukan bangsa ini. Untuk meraih tujuan tersebut maka kita selalu siap untuk bekerjasama dengan semangat gotong royong. Akan lebih banyak yang dapat kita raih bila kita lakukan gotong royong dengan orang lain.
SEBAB-SEBAB ADANYA GOTONG ROYONG.
·
bahawa
manusia tidak hidup sendiri melainkan hidup bersama dengan orang
lain atau lingkungan sosial;
·
pada dasarnya
manusia itu tergantung pada manusia lainnya;
·
manusia perlu
menjaga hubungan baik dengan sesamanya;
·
manusia perlu
menyesuaikan dirinya dengan anggota masyarakat yang lain.
CONTOH
KEGIATAN GOTONG ROYONG
Contoh
kegiatan yang dapat dilakukan secara bergotong royong adalah dengan
membersihkan persekitaran bersama. Pada masa lalu dengan bergotong royong,
banyak perkara yang telah dilakukan oleh
bangsa kita, mulai dari mendirikan rumah, mengerjakan sawah, membantu
tetangga yang sedang berduka hingga saling bahu membahu berjuang dan
memproklamasikan kemerdekaan negara.
USAHA-USAHA
MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan
yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya
terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya
pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara
amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan
membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan
masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada
berulang kembali.
Antara usaha yang boleh dilakukan bagi mewujudkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti
gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada
masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu
sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama
untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka
sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai
contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja
membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan
sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta
memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki,
ke lurah sama dituruni.
SEBAB-SEBAB AMALAN GOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR
Malas
Alasan ini
merupakan alasan klasik, namun alasan inilah yang sering muncul di kalangan
masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh hampir semua orang,
oleh sebab itu saat orang merasa malas maka apapun kegiatannya dia merasa
enggan untuk bekerjasama
Kesibukan
Tak sedikit
orang yang disibukkan dengan pekerjaan mereka, sehingga hampir tak ada waktu
untuk kegiatan-kegitan yang bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan, ada orang
yang rela mengeluarkan wang untuk membayar orang lain bagi mewakili mereka saat
ada gotong royong.
Kurang Bersosialisasi/ Egois
Ego orang
yang besar terkadang membuat orang menjadi kurang bersosialisasi, enggan
berbaur dan acuh tak acuh terhadap kegiatan-kegiatan kemasyarakatan.
PUNCA REMAJA KURANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Belakangan ini fenomena golongan remaja amat kurang melibatkan diri dengan
aktiviti komuniti seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.
Kebanyakan golongan dewasa dan yang berumur sahaja yang masih bersedia
menyumbangkan masa dan tenaga demi menjayakan program komuniti yang dianjurkan.
Pelbagai punca yang menyebabkan golongan remaja kurang melibatkan diri dalam
aktiviti tersebut. Antaranya:-
·
Kekangan masa – remaja hari ini dibelenggu oleh masalah kekangan masa.
Mereka sibuk dengan aktiviti
persekolahan (belajar, kokurikulum, tuisyen, kerja
rumah, bantu keluarga dll)
·
Kurang kesedaran pelajar tentang manfaat gotong-royong.
·
Remaja beranggapan bahawa aktiviti gotong-royong membuang masa dan
kurang berfaedah.
·
Remaja lebih cenderung melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti
menyertai kegiatan sukan,
mengembara, mendaki dll.
·
Sesetengah remaja suka menghabiskan masa mereka dengan kegiatan yang
tidak berfaedah seperti melepak,
lumba haram, berfoya-foya dll.
Boleh memberitahu perasaan kita bila membuat gotong royong.
ReplyDeletekalau boleh jangan terlalu panjang sebab nanti orang malas nak baca
ReplyDeletekalau boleh jangan terlalu panjang sebab nanti orang malas nak baca
ReplyDeleteJT Casino - Hotel and Travel - Missouri Hub
ReplyDeleteJT Casino is 의왕 출장샵 the newest and best of the best hotels, restaurants 정읍 출장안마 and entertainment on 정읍 출장샵 the 안성 출장안마 Missouri River. All in all, 대구광역 출장샵 we have great value for you at JT Casino.